Sunday, August 30, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa memainkan peranan penting di dalam pembinaan bangsa serta melahirkan generasi yang celik ilmu. Bahasa juga berperanan penting di dalam pembinaan identiti, jatidiri, budaya dan kecerdasan akal budi bagi sesuatu bangsa. Namun akhir-akhir suasana semasa memperlihatkan satu fenomena di mana rasa kurang yakin bahawa bahasa kebangsaan mampu menjadi bahasa ilmu semakin jelas kelihatan. Meskipun sejarah telah membuktikan bahawa kita dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mampu melahirkan begitu banyak ilmuan dan negarawan

Ilmu sangat memainkan peranan penting di dalam pembinaan sebuah tamadun bangsa. Selaras dengan itu bahasa merupakan alat penting untuk memahami konsep ilmu. Dalam hal ini , bahasa kebangsaan bukan sahaja berperanan sebagai bahasa rasmi , tetapi juga sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi , malah ia juga adalah bahasa yang telah di pelajari dan difahami dengan meluas oleh pelbagai masyarakat yang berbilang kaum di negara ini

Bahasa juga penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa tidak kira bahasa apa pun dapat menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa. Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata `budi bahasa'. Orang yang dikatakan `tidak tahu bahasa' bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya.

No comments:

Post a Comment